WAKTU SOLAT
Cheras
Loading...
Subuh --:--
Zohor --:--
Asar --:--
Maghrib --:--
Isyak --:--

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ ٱللَّهِ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ

"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah
ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir"

Surah At-Taubah: 18

Masjid Bandar Tun Hussein Onn

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ ٱللَّهِ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ

"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah
ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir"

Surah At-Taubah: 18

Masjid Bandar Tun Hussein Onn

Sejak 2013, masjid ini telah menjadi tempat beribadat, belajar, dan berkumpul bagi masyarakat Islam di Cheras. Dengan kemudahan lengkap dan lokasi strategik, kami komited untuk memakmurkan rumah Allah bersama-sama anda semua.

Mari bersama memakmurkan masjid.

Tentang Masjid

Sejarah

Masjid Bandar Tun Hussein Onn dibina pada tahun 2011 dan siap sepenuhnya pada 10 Januari 2013. Pembinaan masjid ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh UDA Holdings Bhd.

Terletak di atas tanah seluas 1.504 hektar, masjid ini melayani keperluan ibadah penduduk Bandar Tun Hussein Onn dan kawasan sekitar yang berjumlah antara 20,000 hingga 35,000 orang, di mana 80 peratus daripadanya adalah beragama Islam.

Kapasiti

Masjid ini mampu menempatkan sehingga 1,700 jemaah pada satu-satu masa dengan keluasan lantai sebanyak 17,700 kaki persegi.

Kemudahan Parking:

  • 128 ruang petak letak kereta
  • 50 unit petak ruang motosikal

Kemudahan

Masjid ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan jemaah:

  • Bilik mesyuarat
  • Pejabat pengurusan
  • Bilik mandi jenazah
  • Bilik imam dan bilal
  • Bilik air lelaki dan wanita

Lokasi Strategik

Masjid ini terletak di lokasi yang sangat strategik, berdekatan dengan:

  • Pasar raya Aeon Big
  • Hospital Az Zahrah
  • Taman Lake Valley

Lokasi ini menjadikan masjid sebagai pusat riadah keluarga dan aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk kawasan sekitar.

Siaran Langsung

Akan Datang

Coming Soon

Siaran langsung akan tersedia tidak lama lagi

Hubungi Kami

Masjid Bandar Tun Hussein Onn

Jalan Suarasa 8/3
Cheras, Selangor
Malaysia

Facebook:
Masjid Bandar Tun Hussein Onn